KURSUS TERNAKAN LEMBU TENUSU TAHAP 1
SINOPSIS :
Kursus asas penternakan lembu tenusu dijalankan secara umum meliputi tajuk-tajuk utama iaitu pengurusan ternakan, kesihatan, dan pemakanan. Kursus yang dijalankan secara teori, demonstrasi dan lawatan akan memberi penekanan kepada pemahaman peserta terhadap kaedah menguruskan lembu tenusu secara asas.
OBJEKTIF :
v Meningkatkan minat kepada peserta untuk memilih bidang ternakan tenusu sebagai aktiviti penternakan;
v Memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan pengurusan ternakan tenusu secara asas dan pengenalan kepada industri tenusu;
v METODOLOGI
- Syarahan
- Perbincangan
- Demonstrasi
v KELAYAKAN PESERTA
- Bakal usahawan
- Usahawan
v BILANGAN PESERTA - 50-100 orang/setiap kursus
v BILANGAN HARI - 1 Hari
v TARIKH - Seperti jadual dicadangkan.
v TEMPAT KURSUS - Akan ditentukan oleh PVD Daerah (zon)