Lebih 3 juta pengunjung ke MAHA 2018

KUALA LUMPUR 2 Dec. - Lebih 3 juta pengunjung direkodkan hadir ke pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) yang berlangsung selama 11 hari sejak bermula 22 November lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Aziziah Wan Ismail berkata, pameran itu merupakan satu usaha dari pihak kerajaan untuk melonjakkan sektor makanan negara.

“Seperti sedia maklum MAHA diadakan secara dwi tahunan dan melalui pameran ini ianya memberi banyak peluang kepada petani untuk perkenalkan produk mereka.

“Dalam masa yang sama para pengunjung manfaat dengan mendapatkan barangan yang terus daripada petani,” ujarnya semasa majlis penutupan MAHA 2018 di sini hari ini.

Sektor agro makanan kini kian mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk pedangang luar negara yang inginkan hasil pertanian negara.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Sementara itu, menurut Salahuddin, hasil jualan semasa telah mancapai lebih RM 100 juta sepanjang pameran itu berlangsung.

“Pameran taraf antarabangsa ini telah berjaya menarik seramai 1000 usahawan tempatan dan 42 perserta dari luar negara telah menyertai pameran ini.

“Kementerian Pertanian percaya bahawa industri pertanian akan berkembang lebih maju malah beralih ke pertanian moden pada masa akan datang,” katanya.

 

 

Sumber : Utusan