PANDUAN KUARANTIN TERNAKAN
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat ringkas berkenaan dengan syarat-syarat mengenai kuarantin binatang di Malaysia. Pengimport-pengimport binatang adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tetap sebelum mengimport binatang-binatang atau burung. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tujuan Kuarantin Binatang Tujuan utama mengkuarantin binatang dan burung adalah untuk mencegah penyakit-penyakit dibawa masuk oleh binatang-binatang yang diimport ke Malaysia. Ini adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan kepentingan binatang-binatang di negara ini. Adalah mustahak bagi mencegah penyakit-penyakit exotik (dimana Malaysia adalah bebas daripada penyakit-penyakit tersebut) di bawa masuk ke Malaysia; misalnya Rabies, Anthrax, Renderpest, Swine Vesicular Disease, African Hore Sickness, Equine Encephalitis, African Swine Fever dan sebagainya. Setengah dari penyakit-penyakit ini memusnahkan penghidupan ternakan seperti penyakit Rinderpest, sementara setengahnya pula menyentuh kesihatan awam seperti Rabies, Anthrax dan Equine Encephalitis.
Penetapan Undang-Undang Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah diberi kuasa di bawah Ordinan Binatang 1953 dan kaedah-kaedah binatang 1962 untuk mengenakan kuarantin ke atas binatang atau burung apabila perlu. Kaedah-kaedah Pengimportan Binatang 1962 dan Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan, 1984 dan menyentuh tentang penjagaan dan pengurusan stesen-stesen Kuarantin Binatang Padang Besar, Pelabuhan Klang, Kajang dan Rantau Panjang. Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini boleh mengakibatkan perampasan binatang-binatang tersebut dan pengimport di kenakan hukuman.
KEPERLUAN KURANTIN Keperluan kurantin dan tempoh masa tahanan di Pusat Kurantin berbeza dengan jenis ternakan/burung, tujuan diimport dan dari satu negara dengan negara lain. Secara am Ordinan Haiwan 1953 membezakan negara eksport kepada dua kategori iaitu : 1. Negara Schedule termasuk Australia, New Zealand, United Kingdom, Eire, Ireland Utara , Singapura, Brunei, Jepun dan Sweden. 2. Negara Non-Scheduled selain daripada negara yang di sebut diatas. Haiwan dari negara scheduled di mana program kawalan penyakit adalah sangat ketat dan adalah bebas daripada sebarang wabak penyakit merbahaya , tak perlu di kurantin. Walaubagaimanapun keperluan kurantin tertakluk kepada jenis ternakan dan tujuan ia diimport. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jadual dibawah menunjukan jenis ternakan / burung yang perlu kurantin dan jangkamasa di stesen kurantin :
Nota:
PERTANYAAN Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kurantin boleh dirujuk di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau semua Stesen Kuarantin :
Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kuala Lumpur
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu
Stesen Kuarantin / Pintu Masuk Stesen Aras 3, Wisma Kastam.
Stesen Kurantin
Pusat Pemeriksaan Veterinar
Station Kurantina
Pusat Pemeriksaan Veterinar
Pusat Pemeriksaan Veterinar |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
BAYARAN KURANTIN Semua ternakan dan burung di Pusat Kurantin akan dikenakan bayaran seperti yang ditunjukan di jadual di bawah :
Bahan-Bahan Yang Dibawa Bersama Binatang-Binatang Import Semua bahan-bahan (seperti rumput kering, plastik, tulang dan sebagainya) yang dibawa bersama binatang tidak dibenarkan mendarat di Malaysia kecuali dengan kebenaran daripada Pihak Penguasa Veterinar. Sekiranya dibenarkan masuk, bahan-bahan tersebut akan dikuarantinkan bersama dan dikenakan beberapa peraturan lain yang difikirkan perlu oleh Pegawai Veterinar seperti pembasmian kuman atau pemusnahan.
Binatang Sebelum Kurantin Tuan punya perlu memaklumkan kepada pihak Kurantin secara bertulis, secara telefon atau melalui fax paling kurang satu bulan ( minima 7 hari ) sebelum membawa masuk ternakan / burung ke dalam negara. Adalah lebih baik untuk menempah kemudahan di kurantin sebelum membuat sebarang kemasukan ternakan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan kemudian. Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import.
Binatang-Binatang Semasa Berada Dalam Kurantin Tuan-tuan punya binatang dibenarkan melawat binatang-binatang mereka dengan syarat mereka mematuhi segala peraturan yang dikenakan oleh Pegawai yang bertugas di Stesen Kuarantin. Ini adalah penting bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang berjangkit merebak kepada atau daripada binatang-binatang yang dikuarantinkan. Binatang-binatang semasa menjalani kuarantin boleh dikenakan peraturan-peraturan seperti suntikan vaksin, pemeriksaan atau ujian-ujian yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa. Pihak Penguasa Veterinar juga boleh mengarahkan mana-mana dari binatang tersebut supaya dihapuskan dengan segera jika didapati berjangkit ataupun disyaki beserta dengan binatang-binatang yang berpenyakit. Ganti rugi tidak akan dibayar kepada tuan punya binatang sekiranya binatang terpaksa dimusnahkan mengikut cara yang difikirkan sesuai. Binatang-binatang tidak boleh dilepaskan dari Stesen Kuarantin kecuali dengan kebenaran dari Pegawai Veterinar yang mengesahkan bahawa binatang tersebut adalah bebas dari penyakit.
Binatang-Binatang Setelah Dikuarantin Tuan punya binatang mestilah memerhati keadaan kesihatan binatang-binatang mereka selepas dikuarantinkan dan melaporkan ke Pejabat Veterinar yang berdekatan sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda penyakit. Binatang-binatang untuk penyembelihan mestilah dihantar terus ke rumah sembelih yang ditentukan setelah menjalani kuarantin. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEMUDAHAN KURANTIN Kemudahan Kurantin terdapat di semua pintu masuk negara seperti di KLIA Sepang, Pelabuhan Klang , Pulau Pinang, Padang Besar and Stesen Kurantin Rantau Panjang .
Jadual diatas menunjukkan kemudahan yang terdapat di beberapa Station Kurantina Selain Stesen Kurantin di atas, terdapat 5 lagi Stesen Kurantin akan dipertingkatkan iaitu :
Jadual diatas menunjukan kemudahan yang terdapat di Stesen Kurantin tersebut .
Jadual di atas menunjukkan Pintu Masuk yang telah di Gazetkan di Negara ini. |