Gazet - Salmonella

 

 

Strangles

Anti Rabies

Viral encephalitis

Veterinary Centres Rules 1995

Brucellosis

Avian Salmonellosis


ORDINAN BINATANG 1953
(Ord.17/53)
PERINTAH KAWASAN KAWALAN DAN PEMBASMIAN PENYAKIT SALMONELLA UNGGAS NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, 2000
Subseksyen 36(1)

  Bahawa Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa penyakit-penyakit unggas yang dinamakan Salmonella Unggas telah wujud di kalangan unggas di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.
   
No.17/1953 Maka, oleh yang demikian pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Ordinan Binatang 1953, Menteri Besar dengan ini membuat perintah berikut:
   
Nama dan pemakaian
1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas Negeri Perak, 2000 dan hendaklah terpakai bagi seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan.
   
Taksiran
2. Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"ladang unggas" ertinya mana-mana tempat yang digunakan untuk menternak unggas dan termasuk mana-mana premis atau reban, setor makanan atau struktur bangunan lain yang didapati di dalam sekitar kawasan ladang unggas;

"menternak unggas" ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi tujuan berikut -

(a) menternak unggas pembiak;
(b) mengendalikan tempat penetasan unggas;
(c) menternak unggas penelur; atau
(d) menternak ayam betina penelur yang muda atau "pullet".

Dan termasuk juga pembiakan, penyimpanan, penjagaan atau pemilikan mana-mana unggas di sesuatu ladang unggas;

"penyakit" ertinya Salmonella Unggas;

"program kebangsaan" ertinya program kawalan dan pembasmian Salmonella Unggas kebangsaan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi mengawal dan membasmikan penyakit;

"rawatan khusus" ertinya apa-apa rawatan ke atas mana-mana unggas yang dijangkiti atau dipercayai secara munasabah telah dijangkiti dengan penyakit atau bersentuhan dengan mana-mana unggas atau binatang lain yang disyaki dijangkiti penyakit, yang diarah atau diperintahkan oleh Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar di bawah program kebangsaan yang dijalankan; dan

"unggas muda" ertinya mana-mana unggas yang berumur kurang daripada tujuh (7) hari daripada apa-apa jantina, baka atau generasi dan termasuk ayam dara atau ayam betina penelur yang muda atau "pullet" yang berumur antara enam belas (16) hingga dua puluh (20) minggu.

   
Kawasan kawalan penyakit
3. Dengan ini diisytiharkan bahawa seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan adalah satu kawasan kawalan penyakit dan hendaklah dikenali sebagai Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas.
   
Kebenaran untuk menternak unggas
4.(1) Kecuali dibenarkan oleh Pengarah Negeri, sesiapa yang menternak atau menyebabkan diternak apa-apa unggas di mana-mana ladang unggas di dalam Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas hendaklah mendapatkan suatu kebenaranbertulis daripada Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar.

(2) Kebenaran bertulis yang diberikan di bawah sub perenggan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang telah diberi itu tidak mematuhi program kebangsaan.

   
Larangan pemindahan
5.(1) Sesiapa yang memindah atau menyebabkan dipindah apa-apa unggas muda daripada mana-mana tempat di dalam atau di luar Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas hendaklah mendapatkan suatu kebenaran bertulis daripada Pengarah Negeri atau mana-mana pihakberkuasa veterinar.

(2) Sesiapa yang memindah atau menyebabkan dipindah apa-apa unggas mudah di bawah subseksyen (1) atau (2) tersebut hendaklah mematuhi segala terma-terma dan syarat-syarat yang boleh ditetapkan oleh Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar di dalam kebenaran bertulis itu.

   
Kuasa Pengarah Negeri dan pihak berkuasa veterinar
6.(1) Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar boleh pada bila-bila masa -

(a) menjalankan pemeriksaan dan pengambilan sampel-sampel unggas atau telurnya, makanan, minuman, darah, tinja-tinja atau butir-butir lain yang difikirkan perlu bagi tujuan ujian, kajian atau pemantauan penyakit di mana-mana ladang unggas;

(b) meminta dikemukakan apa-apa laporan atau butir-butir mengenai mana-mana ladang unggas bagi tujuan rekod dan kajian berkaitan dengan penyakit;

(c) mengarahkan pemilik ungas dari mana-mana ladang unggas yang mana dipercayai secara munasabah bahawa unggas-unggas itu telah dijangkiti dengan penyakit atau telah disyaki dijangkiti dengan penyakit -

(i) diberi rawatan khusus dan jika orang yang mana kebenaran untuk menternak unggas gagal berbuat demikian dalam tempoh 3 hari bersih selepas dimaklumkan mengenai perintah itu, boleh mengarahkan unggas itu disembelih untuk makanan manusia atau dilupuskan dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut; atau

(ii) di dalam kes-kes yanglain, dimusnahkan mengikut apa yang difikirkannya patut;

(d) mengarahkan supaya telur-telur daripada mana-mana ladang unggas yang mana dipercayai secara munasabah bahawa unggas di dalam sesuatu ladang unggas telah dijangkiti dengan penyakit atau telah bersentuhan dengan mana-mana unggas atau haiwa lain yang telah dijangkiti dengan penyakit, dilupuskan tertakluk kepada syarat-syarat yang boleh ditentukan olehnya;

(e) mengarahkan mana-mana unggas atau telurnya di dalam mana-mana ladang unggas dilupuskan di mana kebenaran bertulis telah dibatalkan di bawah sub perenggan (2) perenggan 4: dan

(f) menghendaki pemilik mana-mana ladang unggas mengambil tindakan penyahjangkitan dan membersihkan ladang unggas berkenaan.

   
  Bertarikh 18 Januari 2001
{PSUK.PK.(BPK)1A 355/9/4-5;
PU.Pk.67/71-12]