Anjing Gila

ORDINAN BINATANG 1953
(Ord.17/53)
PERINTAH DI BAWAH SUBSEKSYEN 42(1)

Ord.17/53 Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Subseksyen 42(1) Ordinan Binatang 1953, saya, Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, membuat perintah berikut:
   
Nama
1. Perintah ini boleh dinamakan Perintah Pemvaksinan Anti- Penyakit Anjing Gila (Hulu Perak).
   
Penyerahan anjing untuk suntikan
2. Semua anjing di Daerah Hulu Perak hendaklah diserahkan untuk pemvaksinan penyakit anjing gila pada masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak Darul Ridzuan.
   
 

Bertarikh 29 April 2003.
[PSUK.PK.(BPK) 1A 355/9/4-3
PU.PK.67/71-12.]

DATO' SERI DIRAJA MOHAMAD TAJOL ROSLI BIN GHAZALI
Menteri Besar,
Perak.