Kawalan Anjing Liar

 

UNIT KEBAJIKAN HAIWAN

 

Maklumat untuk Orang awam/external

 

Bidangkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar terhadap aduan berkaitan anjing hanya melibatkan:

 

  1. Penyakit berjangkit seperti anjing gila
  2. Aduan berkaitan anjing yang menggigit perlu dibuat laporan polis dan mangsa telah menerima rawatan
  3. Kebajikan dan kezaliman terhadap anjing

 

 

 

Bidangkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah

 

  1. Aduan gangguan oleh ternakan/haiwan : bunyi salakan anjing, bau najis di kawasan perumahan, kacau ganggu
  2. Aduan anjing berkeliaran dan terbiar

 

 

 

Perkhidmatan Pegawai Pemusnah Makhluk Perosak

 

  1. Aduan diluar bidangkuasa jabatan perlu disalurkan kepada PBT atau Pejabat Daerah, DVS hanya akan membant dari segi pelalian haiwan dan ‘euthanasia’/ ‘put to sleep’ sekiranya mendapat permohonan dari PBT atau Pejabat Daerah
  2. Bagi kawasan milik syarikat dan orang perseorangan: kos pelalian dan ‘euthanasia’ anjing perlu dibayar oleh pemohon. Surat permohonan perlu dihantar kepada DVS Negeri Perak

 

Ingin membuat aduan berkaitan haiwan??

 

  1. Aduan haiwan liar seperti monyet, babi hutan, ular, musang, burung .
    1. sila hubungi Jabatan Perhilitan.

 

 

 

  1. Aduan berkaitan anjing, kucing, lembu, kerbau (haiwan/ternakan) berkeliaran dan terbiar dan menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk seperti mengejar, bunyi bising dan bau busuk najis.
    1. Sila membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) temapt tinggal tuan/puan.
    2. Sekiranya bukan didalam kawasan PBT, sila laporkan kepada Pejabat Daerah berhampiran.

 

 

 

  1. Aduan anjing berpenyakit seperti anjing gila atau haiwan berpenyakit (kurap) atau cedera.
    1. Hubungi Pejabat Veterinar Daerah berhampiran atau ibu pejabat DVS Negeri Perak.

 

 

 

  1. Aduan anjing berkeliaran didalam kawasan surau, sekolah dan pusat pengajian.
    1. Hubungi Pejabat Veterinar Daerah atau ibu pejabat DVS Negeri Perak.

 

 

 

KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN

 

Kadar bayaran perkhidmatan pelalian dan penangkapan haiwan/ternakan berkeliaran bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan

 

Bil.

Haiwan

Caj lama (RM)

Caj baru (RM)

1.

Kerbau

300

150

2.

Lembu

200

50

3.

Kambing

100

50

4.

Anjing

25

15

5.

Kucing

25

15

6.

Lain-lain

100

 

 

 

Kadar bayaran perkhidmatan pelalian dan penangkapan haiwan/ternakan berkeliaran bagi syarikat-syarikat swasta atau orang persendirian

 

Bil.

Haiwan

Caj dikenakan (RM)

1.

Kerbau

300

2.

Lembu

200

3.

Kambing

100

4.

Anjing

25

5.

Kucing

25

6.

Lain-lain

100

 

 

 

PERLESENAN ANJING

 

  • Perlesenan anjing selain dari kawasan immune belt penyakit Rabies perlu diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan berhampiran.
  • Bagi kawasan immune belt penyakit Rabies bagi Negeri Perak iaitu di Daerah Hulu Perak, proses perlaksanaan lesen perlu diambil dari Pejabat Veterinar Daerah Hulu Perak.
  • Bayaran fi lesen yang dikenakan adalah sebanyak RM20. 
  • Anjing perlu divaksin dengan vaksin Rabies dan kegagalan tuanpunya anjing untuk memperolehi lesen dan menjalankan vaksinasi boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan dibawah Akta Binatang dan Undang-Undang Kecil Majlis.

 

      Tanda-tanda klinikal Penyakit Rabies pada anjing

 

  1. Perubahan sifat menjadi agresif/garang atau menjadi pasif
  2. Hydrophobia
  3. Air liur meleleh
  4. Tanda-tanda kerosakan saraf
  5. Kematian dalam tempoh 2 minggu

 

Agen jangkitan: air liur haiwan terjangkit mengandungi virus Rabies. Jangkitan merebak melalui gigitan kepada manusia dan menyebabkan kematian (penyakit zoonotik).

 

Tanggungjawab semua :

  1. Lapurkan kepada pihak berkuasa jika terdapat anjing liar
  2. Sampah sarap hendaklah disimpan di dalam tong sampah yang bertutup rapat
  3. Anjing hendaklah disimpan di dalam kawasan rumah atau dirantai. Elakkan melepasbebas anjing supaya tidak jadi liar
  4. Untuk mengelakan pembiakan yang tidak terkawal, hantarlah anjing untuk pemandulan
  5. Anak-anak anjing yang tidak di ingini janganlah dibuang merata-rata - hantarlah ke SPCA atau Jabatan Perkhidmatan Haiwan
  6. Jangan beri makanan keada anjing-anjing liar ini

AKIBAT-AKIBAT POPULASI ANJING LIAR TIDAK TERKAWAL 

  1. Ancaman kesihatan awam
  2. Memecah keharmonian antara jiran tetangga
  3. Menyebabkan bahaya gigitan kepada orang ramai
  4. Suaranya yang bising menjadi gangguan di waktu malam
  5. Anjing liar mempunyai  - parasit , kuman bakteria dan kuman kulat yang boleh membahayakan kesihatan orang awam
  6. Pencemaran alam sekitar dan ini menyebabkan sumber pembiakan lalat dan tikus