Written by Vendor on . Posted in Gazet.

Gazet - Brucellosis

ORDINAN BINATANG-BINATANG 1953
(Bil.17 Tahun 1953)
PERINTAH BINATANG-BINATANG
(PENGISYTIHARAN KAWASAN PENGAWALAN DAN
PEMBASMIAN PENYAKIT BRUCELLOSIS) 200
7

  IPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Ordinan Binatang-Binatang 1953 [Ord.17/1953], saya, Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan adalah dengan ini membuat Perintah yang berikut:
   
Nama
1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Binatang-Binatang (Pengisytiharan Kawasan Pengawalan dan Pembasmian Penyakit Brucellosis) 2007.
   
Pengisytiharan kawasan pengawalan dan pembasmian penyakit Brucellosis 2. Negeri Perak adalah diisytiharkan menjadi kawasan pengawalan dan pembasmian penyakit Brucellosis.
   
Penyerahan ternakan untuk pemeriksaan dan suntikan
3. Semua ternakan di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan adalah dikehendaki diserahkan untuk pemeriksaan dan suntikan bagi melawan penyakit Brucellosis pada masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Perak.
   
 

Bertarikh pada 16 Ogos 2007.
[PSUK.PK.(BPK) 1A 355/9/4-2 (52); PU.Pk.67/71-12.]

DATO' SERI DIRAJA MOHAMAD TAJOL ROSLI BIN GHAZALI
Menteri Besar,
Perak Darul Ridzuan.