Ruminan

OBJEKTIF UNIT RUMINAN

1. Menggalakkan serta meningkatkan populasi dan pengeluaran ternakan ruminan.
2. Memudahcara pelabur/usahawan/pengusaha dibidang pengeluaran ternakan ruminan.


PINTAF

Satu program Pembangunan Jabatan di mana ternakan ruminan (Lembu/Kerbau, Kambing/Bebiri) diagihkan kepada penternak yang layak dengan ikatan perjanjian – “PINJAMAN INDUK TANPA FAEDAH(PINTAF).Program ini bertujuan untuk meningkatkan populasi ternakan ruminant di Negeri Perak.

Jenis Ternakan PINTAF:-

  • Lembu (BakaJantan, Betina)
  • Kerbau(BakaJantan, Betina)
  • Kambing(BakaJantan, Betina)
  • Bebiri(BakaJantan, Betina)


KRITERIA PERMOHONAN 

  • Warga Negara Malaysia (Keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak)
  • Umur  18 tahun hingga 65 tahun
  • Mempunyai kawasan ragutan atau sumber makanan yang mencukupi untuk menternak.
  • Mempunyai kandang ternakan yang sesuai
  • Berkemampuan untuk memelihara ternakan. (sihat)
  • Berpengalaman dalam bidang yang diceburi dan
  • Telah menghadiri kursus asas ternakan yang dianjurkanolehJabatan,(menjadikeutamaan).