Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Sejarah Jabatan

Sejarah Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak (yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Haiwan) telah ditubuhkan pada 1895. Pada waktu itu, Residen British mengarahkan perkhidmatan rawatan diberikan kepada ternakan seperti kuda, lembu, kerbau dan babi. Cabang perkhidmatan haiwan ketika itu sangat kecil di mana beberapa orang Pegawai Haiwan dilantik bagi tujuan ini dan ia hanya menjadi satu skop kecil di dalam bidang perkhidmatan perubatan dan kesihatan. Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini telah mula dilihat sebagai perkhidmatan yang penting apabila Negeri Perak telah dilanda wabak Demam Babi pada tahun 1896 di mana pegawai-pegawai haiwan telah dikerah untuk mengatasi masalah ini.

Sekitar tahun 1895 sehingga 1898, pegawai haiwan yang bertanggungjawab tidak dapat dipastikan. Walaubagaimanapun, pada bulan Oktober 1898 Sir G. Moir telah dilantik serta berkhidmat sebagai Pegawai Haiwan di Negeri Perak selama lebih kurang 29 tahun. Ketika itu, Sir G. Moir juga sering dipinjamkan ke negeri lain bagi tujuan mengawal penyakit haiwan.

Dalam tahun 1905 sehingga 1932, Sir P.G. Short telah memasuki perkhidmatan haiwan Negeri Perak dan beliau telah berkhidmat bagi tempoh 29 ½ tahun.Seperti Sir G. Moir, Sir P.G Short juga sering menjalankan perkhidmatan di negeri lain terutamanya Negeri-Negeri Selat. Sewaktu ketiadaan Pegawai Haiwan British, Penolong Pegawai Haiwan dan Merinyu Haiwan yang dibawa dari Negara India menjalankan tugas-tugas perkhidmatan haiwan di Negeri Perak dan perkara ini berlanjutan sehingga tahun 1936.

Selepas penubuhan, Jabatan ini terbukti dengan kemajuan industri penternakan yang berkembang pesat dan menjadi semakin penting ketika ini.Industri penternakan ini telah berjaya dimajukan dari perusahaan secara kecil-kecilan (smallholder) belakang rumah (backyard farming) kepada sistem penternakan berskala besar.Transformasi perusahaan ini berterusan kepada skala separa komersil dan komersil demi mencapai tahap pengeluaran yang lebih kompetatif dan lestari.

Selari dengan kemajuan peradapan manusia masa kini, isu makanan ketika ini bukan hanya sekadar isu untuk mengalas perut sahaja tetapi sebagai jaminan kesihatan, keselamatan, ketersediaan pasaran dan boleh capai atau diperolehi oleh setiap individu. Isu makanan yang dimainkan semakin mencabar dimana ia memerlukan perhatian yang lebih serius dari setiap warga Jabatan ini.

Selain dari itu perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah pertambahan populasi manusia yang semakin meningkat di dalam ruang yang tidak bertambah memberikan tekanan yang serius kepada bidang pertanian dan penternakan.Di dalam ruang yang terhad dan semakin terhakis ini penternakan dan pertanian perlu mempertingkatkan hasil untuk kegunaan pengguna.

Keadaan ini akan menyebabkan jurang pemisah diantara populasi manusia dengan haiwan dan ternakan menjadi semakin kecil. Perkongsian ruang untuk meneruskan kehidupan adalah perkara biasa bagi negara dengan kepadatan penduduk yang tinggi.Contoh yang jelas dalam perkongsian ruang ini adalah haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, kuda dan sebagainya.Binatang ternakan untuk makanan seperti ayam, lembu, kerbau dan kambing telah semakin hampir dengan persempadanan manusia.

Sehubungan dengan itu kerjaya veterinar bukan lagi sekadar memastikan bahan makanan hasilan ternakan/haiwan selamat dan cukup untuk kegunaan manusia tetapi juga ternakan/haiwan tersebut perlu selamat dalam interaksi dengan manusia. Lanjutan dari itu Jabatan ini telah diberikan mandat serta arahan dari Kerajaan untuk;

  1. Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri veterinar.
  2. Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit berjangkit dan zoonotik antara ternakan kepada manusia   bagi penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat.
  3. Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit berjangkit haiwan – manusia bagi interaksi selamat haiwan –  manusia.
  4. Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai.
  5. Meneroka, membangun dan menggalakkan pengguna anteknologi dan sumber secara optimum dalam industri   berasaskan haiwan.
  6. Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran.

Sejajar dengan itu skop tanggungjawab Jabatan ini juga telah diperluaskan bagi memperuntukan cukup kuasa serta perundangan untuk menangani isu-isu dan tanggungjawab tersebut.Peruntukan perundangan dan peraturan yang diwartakan tersebut memerlukan penarafan pegawai dan kakitangan sokongan di dalam sebarang perlaksanaan bagi menjaga kepentingan semua pihak terutama orang awam atau pengguna.

Merujuk kepada perubahan budaya semasa tersebut agenda memajukan Jabatan ini perlu dilaksanakan segera bukan sekadar memastikan ia relevan kepada transformasi sektor veterinar menjadi salah satu industri utama Negara tetapi juga bagi memastikan keperluan makan dan kesejahteraan kesihatan rakyat terjamin dan selamat. Perkara ini adalah diantara beberapa keutamaan yang diberikan perhatian oleh negara-negara maju bagi mewujudkan sesebuah negara yang stabil.

Selaras dengan senario perubahan sosio-ekonomi, ketamadunan dan penambahan populasi manusia tersebut, skop pelanggan Jabatan ini juga telah berkembang maju dan diketegorikan seperti berikut;

  1. Penternak kecil-kecilan ternakan.
  2. Penternak spara komersial pengeluaran ternakan seperti ayam, itik, lembu, kerbau, kambing, bebiri dan sebagainya.
  3. Penternak komersial pengeluaran ternakan seperti ayam, itik, lembu, kerbau, kambing, bebiri dan sebagainya.
  4. Pengusaha industri asas tani (ternakan) seperti loji pemprosesan makanan, rumah sembelih ternakan, kilang   pengeluaran makanan ternakan.
  5. Pemilik haiwan kesayangan.
  6. Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.
  7. Binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, ayam, itik, puyuh dan sebagainya.
  8. Haiwan kesayangan seperti kucing, arnab, anjing, argus, ayam serama dan sebagainya.

Keputusan kerajaan, perundangan, akta, enakmen, Kaedah, Peraturan-Peraturan  serta  Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan ini kepada pelanggan-pelanggan adalah berdasarkan kepada peruntukan seperti berikut;

  1. Akta Veterinar 1974;
  2. Akta Binatang 1953(semakan 2006);
  3. Enakmen Perladangan  Unggas 2005 dan Peraturan-Peraturan Perladangan Unggas 2010;
  4. Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1993 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009;
  5. Akta Kebajikan Haiwan 2015;
  6. Akta Binatang (Pindaan) 2013;
  7. Akta Makanan Haiwan  2009;
  8. Akta Pengawalan (Penyembelihan) 1993;
  9. Perintah Am;
  10. Arahan dan Pekeliling Perkhidmatan;
  11. Arahan dan Pekeliling Perbendaharaan;
  12. Arahan Kerajaan Negeri;
  13. Akta Prosedur Kewangan 1957;
  14. Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia – Perlaksanaan Program MyGAP

SENARAI PENGARAH DARI TAHUN 1895 HINGGA SEKARANG

images/2024/senaraipengarah11012024.png

LOKASI JPV NEGERI PERAK DARI TAHUN 1895 HINGGA SEKARANG

Jln Haiwan, Taiping

Jln Lahat, Falim, Ipoh.


Jln Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Jln Sultan Azlan Shah Utara,Ipoh

Demikianlah serba ringkas yang dapat dicatatkan bagaimana perkhidmatan haiwan Negeri ini telah bermula dari tahun 1895, iaitu 112 tahun yang lalu hingga ke hari ini dengan berkembang pesat hingga perkhidmatan haiwan menjadi satu perkhidmatan yang membangun dan memberikan khidmatnya kepada para penternak di Negeri ini.

logo-footer
  • JALAN SULTAN AZLAN SHAH (U),
    31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

  • 05-5459111, 05-5459122, 05-5459133

  • 05-5472561, 05-5482712

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Kemaskini : 12/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928