Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Makanan dan Makanan Ternakan

MAKANAN DAN PEMAKANAN TERNAKAN

Bekalan rumput pasture dan foder dari jenis bermutu tinggi sebagai sumber makanan ternakan adalah faktor utama yang perlu difikirkan sebelum memelihara ternakan.

Pengurusan awal penyediaan tanah untuk penanaman rumput hinggalah kepada pengurusan ternakan seterusnya perlu dilakukan dengan sistematik bagi menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi sepanjang tahun

Pengurusan padang ragut

Pengurusan ternakan dan padang ragut di Negeri Perak juga memberi penumpuan dan penekanan kepada kumpulan sasar iaitu penternak yang menjalankan kaedah pengurusan penternakan secara kelompok di padang ragut. Kaedah ini telah digunakan sebagai mekanisma dan faktor yang perlu diwujudkan kepada penternak sebelum pembangunan padang ragut dilaksanakan. Kini usaha tersebut sedang giat dilakukan di padang-padang ragut diseluruh Negeri Perak yang masih mengekalkan pengurusan secara individu serta tidak sistematik.

Padang ragut akan terus relevan didalam menyumbang kepada perkembangan industri ternakan di Negeri Perak. Ini dapat menjadikan padang ragut sebagai program satu kampong satu produk didalam usaha menjayakan penghasilan dan penjualan ternakan setiap tahun.

Taburan Padang Ragut Mengikut Daerah Tahun 2012

Daerah

Jumlah padang ragut

Keluasan (ekar)

Keluasan dimajukan(ekar)

Batang padang

3

462

307

Hilir Perak

2

78

78

Perak Tengah

29

3,523

2,889

Kuala Kangsar

15

1,575

1,395

Kinta

3

738

275

Manjung

5

496

393

LMS

8

675

511

Hulu Perak

30

3,828

3,816

Kerian

1

100

60

Jumlah

96

13,447

9,724

 

Kemajuan

Sehingga 2012, seluas 9,724 ekar telah dimajukan dari keluasan sebenar 13,477 ekar. Pengeluaran rumput pastura telah dimanfaatkan oleh 928 orang pengusaha padang ragut yang melibatkan 1,677 ekor kerbau, 4,144 ekor lembu, 830 ekor kambing, 13 ekor bebiri serta 2,023 ekor rusa. Jumlah pengeluaran rumput dari 96 buah padang ragut adalah sebanyak 144,620 metrik tan dengan nilai sebanyak RM7.23 juta.

logo-footer
  • JALAN SULTAN AZLAN SHAH (U),
    31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

  • 05-5459111, 05-5459122, 05-5459133

  • 05-5472561, 05-5482712

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Kemaskini : 12/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928