Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman
Kandungan

Peraturan Veterinar

Peraturan Veterinar

Menyediakan maklumat terperinci mengenai keperluan pemahaman terhadap undang-undang, permit dan peraturan veterinar.

  • KEBAJIKAN HAIWAN

    Klik Disini

  • Animal Ordinance, 1953

  • Peraturan Eksport

    PERATURAN-PERATURAN UNTUK MENGEKSPORT ANJING/KUCING

    1) Apabila seseorang membuat pertanyaan mengenai mengeksport anjing / kucing, perkara yang perlu di beri perhatian :-

    * Adakah anjing telah di suntik dengan suntikan pelalian iaitu (Anti-Rabies dan CPV+DHL) – pastikan vaksin Anti-Rabies di berikan 30 hari sebelum anjing / kucing itu di bawa keluar.
    * Jika beliau telah melakukan suntikan pelalian di klinik swasta, mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pegawai veterinar klinik swasta tersebut mengenai status suntikan pelalian dan status kesihatan.
    * Pastikan beliau sudah mendapatkan permit import / kebenaran membawa masuk secara bertulis daripada negara yang hendak dibawa masuk.
    * Penerangan mengenai ujian Nipah dan Microchip dan bayaran yang akan dikenakan

    2) Apabila anjing / kucing telah dibawa ke klinik untuk ujian Nipah, perkara yang perlu di buat adalah :- ( Pastikan ujian Nipah ini dilakukan dalam tempuh 10 hari sebelum di eksport )

    * Pastikan anjing / kucing tersebut berada dalam keadaan yang bersih dan sihat.
    * Pemeriksaan klinikal perlu dilakukan
    * Pengambilan contoh darah dilakukan ( 1-3 ml ) di dalam Plain tube.
    * Masukkan microchip di bawah kulit (sebelah kiri leher). (Pastikan sebelum masukkan microchip , di "scane" terlebih dahulu dan angka yang terdapat sama dengan angka yang tercatat pada sampul microchip tersebut).
    * Terdapat 4 pelekat no siri Microchip pada sampulnya. Satu daripadanya dilekatkan pada kad rawatan klinik haiwan Ipoh, satu pada kad suntikan pelalian, satu pada borang maklumat pengenalan microchip dan satu di serahkan kepada tuanpunya.
    * Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut :
    o Pengambilan darah RM 20.00 / seekor
    o Microchip RM 50.00 / seekor (Satu Resit )
    o Ujian Nipah RM 20.00 / seekor - ( Satu Resit )

    3) Penghantaran sample ke Institiut Penyelidikan Haiwan Ipoh (VRI) :-

    * Pastikan darah yang diambil di simpan di peti sejuk
    * Isikan borang Makvet 03 dan di tandatangan oleh Pegawai Veterinar
    * Pastikan resit ujian nipah di photostate dan dikepilkan bersama borang Makvet 03
    * Serahkan borang Makvet 03 + Resit photostate dan darah di tempat pendaftaran sample di VRI dan maklumkan bahawa sample telah di kenakan bayaran.

     

    4) Penyerahan lapuran ujian , sijil eksport dan sijil kesihatan kepada penternak / pengeksport

    * Penyediaan sijil kesihatan dan permit eksport di kaunter permit.
    * Bayaran yang akan dikenakan adalah:
    o Sijil kesihatanRM 3.00 / seekor
    o Permit eksportRM 3.00 / seekor
    * Dapatkan borang status kesihatan semasa dan borang maklumat pengenalan microchip daripada Pn. Foziah dan di isikan maklumat yang diperlukan dan di tandatangan oleh Pegawai Veterinar.
    * Serahkan semua permit , sijil dan surat yang di perlukan kepada penternak tersebut.

     

     

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

    Dr Ahmad Shukri Abdullah
    Tel:605-5459111/122/133 Ext.212
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


    Mr Muniandy Awali ( ANDY )
    Tel:605-5459111/122/133 Ext:213
    E-Mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Kuarantin Haiwan

    PANDUAN KUARANTIN TERNAKAN

     

     

    Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat ringkas berkenaan dengan syarat-syarat mengenai kuarantin binatang di Malaysia. Pengimport-pengimport binatang adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tetap sebelum mengimport binatang-binatang atau burung.

     

     

    Tujuan Kuarantin Binatang

    Tujuan utama mengkuarantin binatang dan burung adalah untuk mencegah penyakit-penyakit dibawa masuk oleh binatang-binatang yang diimport ke Malaysia. Ini adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan kepentingan binatang-binatang di negara ini. Adalah mustahak bagi mencegah penyakit-penyakit exotik (dimana Malaysia adalah bebas daripada penyakit-penyakit tersebut) di bawa masuk ke Malaysia; misalnya Rabies, Anthrax, Renderpest, Swine Vesicular Disease, African Hore Sickness, Equine Encephalitis, African Swine Fever dan sebagainya.

    Walaupun binatang-binatang yang diimport biasanya disahkan sihat dan bebas dari penyakit-penyakit berjangkit oleh Penguasa Veterinar di negara eksport tetapi kuarantin masih diperlukan supaya binatang-binatang yang mungkin mengidap penyakit tetapi masih belum menunjukkan tanda-tandanya, dapat diperiksa dan diawasi semasa menjalani kuarantin.

    Setengah dari penyakit-penyakit ini memusnahkan penghidupan ternakan seperti penyakit Rinderpest, sementara setengahnya pula menyentuh kesihatan awam seperti Rabies, Anthrax dan Equine Encephalitis.

     

    Penetapan Undang-Undang

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah diberi kuasa di bawah Ordinan Binatang 1953 dan kaedah-kaedah binatang 1962 untuk mengenakan kuarantin ke atas binatang atau burung apabila perlu.

    Kaedah-kaedah Pengimportan Binatang 1962 dan Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan, 1984 dan menyentuh tentang penjagaan dan pengurusan stesen-stesen Kuarantin Binatang Padang Besar, Pelabuhan Klang, Kajang dan Rantau Panjang.

    Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini boleh mengakibatkan perampasan binatang-binatang tersebut dan pengimport di kenakan hukuman.

     

    KEPERLUAN KURANTIN

    Keperluan kurantin dan tempoh masa tahanan di Pusat Kurantin berbeza dengan jenis ternakan/burung, tujuan diimport dan dari satu negara dengan negara lain. Secara am Ordinan Haiwan 1953 membezakan negara eksport kepada dua kategori iaitu :

    1. Negara Schedule termasuk Australia, New Zealand, United Kingdom, Eire, Ireland Utara , Singapura, Brunei, Jepun dan Sweden.

    2. Negara Non-Scheduled selain daripada negara yang di sebut diatas.

    Haiwan dari negara scheduled di mana program kawalan penyakit adalah sangat ketat dan adalah bebas daripada sebarang wabak penyakit merbahaya , tak perlu di kurantin. Walaubagaimanapun keperluan kurantin tertakluk kepada jenis ternakan dan tujuan ia diimport.

    Jadual dibawah menunjukan jenis ternakan / burung yang perlu kurantin dan jangkamasa di stesen kurantin :

    Jenis Ternakan / Burung

    Tujuan diimport

    Jangkamasa Kurantin

    Anjing dan Kucing
    (dari Negara non-scheduled sahaja)

    Sebarang tujuan

    7 hari - 30 hari

    Kuda
    * Negara scheduled
    * Negara non-scheduled

    Sebarang tujuan

    14 hari
    30 hari

    Lembu, Kerbau, Kambing, Bebiri dan babi (Semua negara)

    Pelihara Penyembelihan

    30 hari
    10 hari

    Burung (semua species)(semua negara)

    Sebarang tujuan

    10 hari -30 hari

    Nota:

    Sebelum mengimport sebarang ternakan atau burung ke dalam negara Malaysia, kebenaran mesti diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai kuasa mutlak untuk tidak membenarkan masuk sebarang ternakan atau burung ke dalam negara. Semua kebenaran masuk adalah tertakluk kepada keperluan yang telah ditetapkan dalam Animal Importation Order 1962 dan keperluan tambahan boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

     

    PERTANYAAN

    Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kurantin boleh dirujuk di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau semua Stesen Kuarantin :

     

    Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia
    Wisma Tani, Blok Podium,
    Lot 4G1, Presint 4,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62630 Putrajaya
    Tel: 603 - 8870 2000 Fax: 603 - 8888 6021

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
    Jalan Sultan Azlan Shah Utara
    31400 Ipoh
    Perak
    Tel: 605-5459111/122/133 Fax: 605-5482712

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
    Bukit Tengah
    14000 Bukit Mertajam
    Pulau Pinang
    Tel: 604 - 645 1292 / 645 1296 Fax: 604-5084366

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis
    Km 3, Jalan Utan Aji,
    01000 Kangar, Perlis
    Tel: 604 - 976 1670 / 976 1854 / 976 6561 Fax: 604-976 4531

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang
    Jalan Seri Kemunting 2
    25100 Kuantan
    Pahang
    Tel : 609-5132277 Fax: 609-5141498

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
    Jalan Kebun Teh,
    80250 Johor Bahru
    Tel: 607 - 223 2202 / 223 2204 Fax: 607-223 2599

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah
    Jalan Datok Kumbar,
    05300 Alor Setar, Kedah.
    Tel: 604 - 731 0288 / 733 6097 / 7310533 Fax: 604-7344673

     

    Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan
    PO Box, Kubang Kerian,
    16150 Kota Bharu, Kelantan
    Tel: 609- 765 2811 / 765 2545 / 765 4101 Fax: 609-765 1178

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kuala Lumpur
    Jinjang
    52000 Kuala Lumpur
    Tel : 603-6261683 Fax : 603-6275731

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Labuan
    Peti Surat 173
    87008 Labuan
    Tel : 6087-414596 Fax: 6087-415534

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka
    Jalan Ayer Keroh
    75450 Ayer Keroh
    Melaka
    Tel : 606-325103 Fax: 606-2327633

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
    Jalan Tunku Kurshiah
    70400 Seremban
    Negeri Sembilan
    Tel: 606-7622817 Fax: 606-7628134

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
    Lot2, Jalan Utas, Section 15/7,
    40630 Shah Alam,
    Selangor.
    Tel: 603- 550 3900 / 559 0491 / 550 4742 Fax : 603 - 550 3903

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah
    Tingkat 7, Menara Wisma Khidmat
    Jalan Belia, Beg Berkunci 2051
    88999 Kota Kinabalu
    Sabah
    Tel : 6088-238415 / 250522 Fax: 6088-238418

     

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sarawak
    Tingkat 3-6, Kompleks Pejabat Kerajaan
    Jalan Simpang Tiga
    93632
    Kuching
    Sarawak
    Tel : 6082-251575 / 250522 Fax : 6082-613460

    Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu
    Jalan Bukit Kechil
    Peti Surat 203
    20720 Kuala Terengganu
    Terengganu
    Tel : 609-6221822 Fax : 609-6229982

     

     

    Stesen Kuarantin / Pintu Masuk

    Stesen Kurantin KLIA ,
    Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA
    Jalan Pekeliling 4
    64050 Sepang
    Tel: 603- 8787 2377/79 Fax:603- 8787 22378

    Stesen
    Kelang (South) Port Jalan Tangki Off Jalan Kem,
    42000 Pelabuhan Klang.

    atau

    Aras 3, Wisma Kastam.
    Lingkungan Sultan Hishammudin,
    42000 Pelabuhan Klang.
    Tel: 603- 3683695 Fax: 603- 3762254

     

    Stesen Kurantin
    Padang Besar (Utara),
    01000 Padang Besar
    Tel: 604 - 9490230 Fax: 604 - 9491163

     

    Pusat Pemeriksaan Veterinar
    Komplex Kastom - Imigration
    06050 Bukit Kayu Hitam.
    Tel: 604- 9221484

     

    Station Kurantina
    Rantau Panjang,
    17200 Rantau Panjang.
    Tel: 609 - 7950424 Fax : 609-7951448

     

    Pusat Pemeriksaan Veterinar
    Tanjung Puteri Causeway,
    80730 Johore Bahru.
    Tel: 607 - 2224262 Fax: 607- 2237229

     

    Pusat Pemeriksaan Veterinar
    Komplex Sultan Abu Bakar,
    Tanjung Kupang
    81560 Gelang Patah
    Johore
    Tel : 607-5133080 Fax: 607-5133085

    Nota :

    Adalah lebih baik untuk menempah terlebih dahulu kemudahan kurantin sebelum membawa masuk ternakan / burung . Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import .

     

     

    BAYARAN KURANTIN

    Semua ternakan dan burung di Pusat Kurantin akan dikenakan bayaran seperti yang ditunjukan di jadual di bawah :

    Jenis Ternakan dan Burung

    Bayaran Kurantin

    Anjing -
    saiz besar
    saiz kecil

    RM 4.00 sehari
    RM 3.00 sehari

    Kucing - semua saiz

    RM 3.00 sehari

    Kuda

    RM 10.00 sehari

    Lembu / Kerbau

    RM 4.00 sehari

    Kambing / Bebiri

    RM 1.00 sehari

    Sijil Kuarantin

    RM 2.00 sehari

     

    Bahan-Bahan Yang Dibawa Bersama Binatang-Binatang Import

    Semua bahan-bahan (seperti rumput kering, plastik, tulang dan sebagainya) yang dibawa bersama binatang tidak dibenarkan mendarat di Malaysia kecuali dengan kebenaran daripada Pihak Penguasa Veterinar. Sekiranya dibenarkan masuk, bahan-bahan tersebut akan dikuarantinkan bersama dan dikenakan beberapa peraturan lain yang difikirkan perlu oleh Pegawai Veterinar seperti pembasmian kuman atau pemusnahan.

     

    Binatang Sebelum Kurantin

    Tuan punya perlu memaklumkan kepada pihak Kurantin secara bertulis, secara telefon atau melalui fax paling kurang satu bulan ( minima 7 hari ) sebelum membawa masuk ternakan / burung ke dalam negara. Adalah lebih baik untuk menempah kemudahan di kurantin sebelum membuat sebarang kemasukan ternakan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan kemudian. Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import.

     

    Binatang-Binatang Semasa Berada Dalam Kurantin

    Tuan-tuan punya binatang dibenarkan melawat binatang-binatang mereka dengan syarat mereka mematuhi segala peraturan yang dikenakan oleh Pegawai yang bertugas di Stesen Kuarantin. Ini adalah penting bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang berjangkit merebak kepada atau daripada binatang-binatang yang dikuarantinkan.

    Binatang-binatang semasa menjalani kuarantin boleh dikenakan peraturan-peraturan seperti suntikan vaksin, pemeriksaan atau ujian-ujian yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa. Pihak Penguasa Veterinar juga boleh mengarahkan mana-mana dari binatang tersebut supaya dihapuskan dengan segera jika didapati berjangkit ataupun disyaki beserta dengan binatang-binatang yang berpenyakit. Ganti rugi tidak akan dibayar kepada tuan punya binatang sekiranya binatang terpaksa dimusnahkan mengikut cara yang difikirkan sesuai.

    Binatang-binatang tidak boleh dilepaskan dari Stesen Kuarantin kecuali dengan kebenaran dari Pegawai Veterinar yang mengesahkan bahawa binatang tersebut adalah bebas dari penyakit.

     

    Binatang-Binatang Setelah Dikuarantin

    Tuan punya binatang mestilah memerhati keadaan kesihatan binatang-binatang mereka selepas dikuarantinkan dan melaporkan ke Pejabat Veterinar yang berdekatan sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda penyakit.

    Binatang-binatang untuk penyembelihan mestilah dihantar terus ke rumah sembelih yang ditentukan setelah menjalani kuarantin.

     

     

     

    KEMUDAHAN KURANTIN

    Kemudahan Kurantin terdapat di semua pintu masuk negara seperti di KLIA Sepang, Pelabuhan Klang , Pulau Pinang, Padang Besar and Stesen Kurantin Rantau Panjang .

    Station Kurantina

    Kemudahan

    1.

    Stesen Kuarantin Padang Besar

    Lembu/Kerbau/Kuda/Kambing/Bebiri/
    Anjing/Kucing/Burung

    2.

    Stesen Kuarantin Rantau Panjang

    Lembu/Kerbau/ Kambing/Bebiri

    3.

    Stesen Kuarantin Bayan Lepas

    Kuda/Anjing/Kucing/Burung

    4.

    Stesen Kuarantin Pelabuhan Kelang

    Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri/Kuda

    5.

    Stesen Kuarantin Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur

    Kuda,Anjings,Kucing,Burung/Lembu/Bebiri/
    Kambing/Arnab/Hidupan Liar

    Jadual diatas menunjukkan kemudahan yang terdapat di beberapa Station Kurantina

    Selain Stesen Kurantin di atas, terdapat 5 lagi Stesen Kurantin akan dipertingkatkan iaitu :

    Station Kurantina

    Kemudahan

    1.

    Stesen Kuarantin Labuan

    Kuda/Anjing/Kucing/Burung

    2.

    Stesen Kuarantin Pelabuhan Kuantan

    Lembu/Kerbaus/Kambing/Bebiri/Kuda

    3.

    Stesen Kuarantin Bukit Kayu Hitam

    Lembu/Kerbau/Kambing/Bebiri

    4.

    Stesen Kuarantin "B" Padang Besar

    Lembu/Kerbau/Kembing/Bebiri

    5.

    Stesen Kuarantin Gelang Patah Johor

    Kuda/Anjing/Kucing/Burung/Lembu/Bebiri/Kembing

    Jadual diatas menunjukan kemudahan yang terdapat di Stesen Kurantin tersebut .

    Melalui tanah

    Melalui laut

    Melalui udara

    Padang Besar Perlis

    West Port, Klang
    Pelabuhan Klang

    Lapangan terbang Sultan Abdui Aziz Shah Subang

    Bukit Kayu Hitam, Kedah

    Pelabuhan Pasir Gudang , Johore

    Lapang terbang Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur

    Rantau Panjang, Kelantan

    Pelabuhan Kuantan , Pahang

    Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Johore

    Pengkalan Kubor, Kelantan
    Station Immigration di Bukit Bunga

    Pelabuhan Kemaman , Terengganu

    Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas , Penang

    Johor Bahru, Johore

    Pelabuhan Pulau Pinang dan Butterworth ,
    Pulau Pinang

    Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan , Labuan Wilayah Persekutuan

    Kompleks Sultan Abu Bakar
    di Tanjung Kupang

    Pelabuhan di Lumut

     

    Station Kastom di Pengkalan Hulu

    Pelabuhan di Tanjung Pelepas
    Pelabuhan di Labuan

     

    Jadual di atas menunjukkan Pintu Masuk yang telah di Gazetkan di Negara ini.

     

  • Gazet

    Klik Disini

  • Enakmen

  • Kriteria Ladang Eksport

    A. Kriteria Wajib

    1. Amalan Perladangan Dan Sumber Ternakan Ayam

     

    • Hanya satu jurusan ternakan ayam boleh dipelihara di ladang

    • Ternakan lain tidak dibenarkan dipelihara di dalam ladang

    • Sumber anak ayam mestilah dari ladang yang diiktirafkan bebas dari penyakit Pullorum oleh JabatanPerkhidmatan Haiwan.

     

    2. Pembuangan Bangkai Ayam dan Tinja

     

    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan bangkai ayam yang bersistematik

    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan tinja dan sampah tebal yang bersistematik

     

    3.. Kemudahan/Kelengkapan Pengendalian Telur

     

    • Bilik Pengredan Telur
      (i) Bilik pengredan telur haruslah dingin, pengudaraannya baik, bersih dan sucikuman
      (ii) Kelengkapan pengredan telur haruslah bersih
      (iii) Keadaan bekerja di bilik pengredan telur haruslah selesa di dalam pakaian biasa

    • Bilik Penyimpanan Telur
      (i) Bilik penyimpanan telur harus berasingan daripada bilik pengredan telur
      (ii) Bilik penyimpanan telur haruslah dingin, bersih dan sucikuman

     

    4. Pembasmian Kuman Ke Atas Kenderaan

     

    Pintu masuk/keluar ke ladang haruslah dilengkapkan dengan pencelup roda bertutup dan alat penyembur

     

    5. Pemagaran Sempadan

     

    Kawasan ladang dan unit pengeluaran ayam harus dipagari sepenuhnya dengan 'chain-link' atau bahan seumpamanya yang sesuai.

     

    6. Pencelup Kaki

     

    Setiap bangksal ayam harus disediakan dengan pencelup kaki basmi kuman yang kekal

     

    B. Kriteria Tambahan

     

    1. Biosecurity Pegawai-Pegawai/Pelawat/Kakitangan

     

    • Semua pegawai, pelawat dan kakitangan harus disediakan dengan but(kasut getah) dan pakaian yang sesuai.

    • Pintu masuk ke ladang harus disediakan dengan bilik persalinan lengkap dengan paip hujan dan /atau alat penyembur

     

    2. Pengasingan Bangsal Ayam

     

    Jarak diantara bangsal-bangsal ayam disyorkan sekurang-kurangnya 30 kaki

     

    3. Pengurusan Sampah Sarap

     

    Pihak ladang harus mengamalkan program pengurusan sampah sarap yang baik untuk menetukan tiada masalah bau dan lalat

     

    4. Kebersihan Am

     

    • Kawasan ladang, kilang makanan, stor untuk ubat dan makanan harus bersih dan teratur

    • Pihak ladang harus menyediakan kelengkapan bilik mandi dan tandas secukupnya dan di lokasi yang sesuai untuk pegawai, kakitangan dan pelawat

     

    5. Rekod

     

    • Pihak ladang harus menyimpan pelan susunatur menunjukkan kedudukan bangsal-bangsal ayam dan struktur ladang

    • Pihak ladang harus mengekalkan rekod program dan amalan suntikan yang kemaskini, rekod pengubatan (makanan, 'parenteral', 'oral') di sepanjang masa.

     


     

     

     

    AYAM PEDAGING

     
     

     

    A. Kriteria Wajib

     

    1. Amalan Perladangan Dan Sumber Ternakan Ayam

     

    • Hanya satu jurusan ternakan ayam boleh dipelihara di ladang

    • Ternakan lain tidak dibenarkan dipelihara di dalam ladang

    • Sumber anak ayam mestilah dari ladang yang diiktirafkan bebas dari penyakit Pullorum oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan

     

    2. Pembuangan Bangkai Ayam dan Tinja

     

    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan bangkai ayam yang bersistematik

    • Mesti mengamalkan pembuangan/pemusnahan tinja dan sampah tebal yang bersistematik

     

    3. Amalan Semua - Masuk - Semua - Keluar

     

    Pihak ladang haruslah mengamalkan sistem semua masuk-masuk-semua keluar. Perbezaan diantara umur-umur ayam di ladang tidak melebihi 2 minggu

     

    4. Pembasmian Kuman ke Atas Kenderaan

     

    Pintu masuk/keluar ke ladang haruslah dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan seperti di bawah

    Saiz Ladang Kemudahan
    Bawah 50,000 ekor Penyembur dan pencelup roda
    Lebih 50,000 ekor Penyembur dan pencelup roda bertutup

     

    5. Pemagaran Sempadan

     

    Kawasan ladang dan unit pengeluaran ayam haruslah dipagari sepenuhnya dengan bahan yang sesuai

     

    6. Pencelup Kaki

     

    Setiap bangsal ayam harus disediakan dengan pencelup kaki basmi kuman yang kekal

     

    B. Kriteria Tambahan

     

    1. Biosecurity Pegawai-Pegawai/Pelawat/Kakitangan

     

    Semua pegawai, pelawat dan kakitangan harus disediakan dengan but(kasut getah) dan pakaian yang sesuai.

     

    2. Pengurusan Sampah Sarap

     

    Pihak ladang harus mengamalkan program pengurusan sampah sarap yang baik untuk menetukan tiada masalah bau dan lalat

     

    3. Kebersihan Am

     

    • Kawasan ladang, kilang makanan, stor untuk ubat dan makanan harus bersih dan teratur

    • Pihak ladang harus menyediakan kelengkapan bilik mandi dan tandas secukupnya dan di lokasi yang sesuai untuk pegawai, kakitangan dan pelawat

    • Pihak ladang harus mempunyai kemudahan untuk pembasuhan sangkar ayam yang telah digunakan

     

    4. Rekod

     

    • Pihak ladang harus menyimpan pelan susunatur menunjukkan kedudukan bangsal-bangsal ayam dan struktur ladang

    • Pihak ladang harus mengekalkan rekod program dan amalan suntikan yang kemaskini, rekod pengubatan (makanan, 'parenteral', 'oral') di sepanjang masa.

     


     

     

     

    ITIK PEDAGING

     
     

     

    Kriteria untuk komoditi adalah seperti kriteria untuk ternakan ayam pedaging oleh itu sila rujuk kriteria ayam pedaging

     


     

     

     

    BABI

     
     

    Sila rujuk versi Inggeris : "Standard for farm e

  • Akreditasi Ladang Babi

  • Penguatkuasaan

Read more: Peraturan Veterinar

  • Hits: 39701

Industri Ternakan

Read more: Industri Ternakan

  • Hits: 42587

Sejarah Jabatan

Sejarah Penubuhan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak (yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Haiwan) telah ditubuhkan pada 1895. Pada waktu itu, Residen British mengarahkan perkhidmatan rawatan diberikan kepada ternakan seperti kuda, lembu, kerbau dan babi. Cabang perkhidmatan haiwan ketika itu sangat kecil di mana beberapa orang Pegawai Haiwan dilantik bagi tujuan ini dan ia hanya menjadi satu skop kecil di dalam bidang perkhidmatan perubatan dan kesihatan. Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini telah mula dilihat sebagai perkhidmatan yang penting apabila Negeri Perak telah dilanda wabak Demam Babi pada tahun 1896 di mana pegawai-pegawai haiwan telah dikerah untuk mengatasi masalah ini.

Sekitar tahun 1895 sehingga 1898, pegawai haiwan yang bertanggungjawab tidak dapat dipastikan. Walaubagaimanapun, pada bulan Oktober 1898 Sir G. Moir telah dilantik serta berkhidmat sebagai Pegawai Haiwan di Negeri Perak selama lebih kurang 29 tahun. Ketika itu, Sir G. Moir juga sering dipinjamkan ke negeri lain bagi tujuan mengawal penyakit haiwan.

Dalam tahun 1905 sehingga 1932, Sir P.G. Short telah memasuki perkhidmatan haiwan Negeri Perak dan beliau telah berkhidmat bagi tempoh 29 ½ tahun.Seperti Sir G. Moir, Sir P.G Short juga sering menjalankan perkhidmatan di negeri lain terutamanya Negeri-Negeri Selat. Sewaktu ketiadaan Pegawai Haiwan British, Penolong Pegawai Haiwan dan Merinyu Haiwan yang dibawa dari Negara India menjalankan tugas-tugas perkhidmatan haiwan di Negeri Perak dan perkara ini berlanjutan sehingga tahun 1936.

Selepas penubuhan, Jabatan ini terbukti dengan kemajuan industri penternakan yang berkembang pesat dan menjadi semakin penting ketika ini.Industri penternakan ini telah berjaya dimajukan dari perusahaan secara kecil-kecilan (smallholder) belakang rumah (backyard farming) kepada sistem penternakan berskala besar.Transformasi perusahaan ini berterusan kepada skala separa komersil dan komersil demi mencapai tahap pengeluaran yang lebih kompetatif dan lestari.

Selari dengan kemajuan peradapan manusia masa kini, isu makanan ketika ini bukan hanya sekadar isu untuk mengalas perut sahaja tetapi sebagai jaminan kesihatan, keselamatan, ketersediaan pasaran dan boleh capai atau diperolehi oleh setiap individu. Isu makanan yang dimainkan semakin mencabar dimana ia memerlukan perhatian yang lebih serius dari setiap warga Jabatan ini.

Selain dari itu perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah pertambahan populasi manusia yang semakin meningkat di dalam ruang yang tidak bertambah memberikan tekanan yang serius kepada bidang pertanian dan penternakan.Di dalam ruang yang terhad dan semakin terhakis ini penternakan dan pertanian perlu mempertingkatkan hasil untuk kegunaan pengguna.

Keadaan ini akan menyebabkan jurang pemisah diantara populasi manusia dengan haiwan dan ternakan menjadi semakin kecil. Perkongsian ruang untuk meneruskan kehidupan adalah perkara biasa bagi negara dengan kepadatan penduduk yang tinggi.Contoh yang jelas dalam perkongsian ruang ini adalah haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, kuda dan sebagainya.Binatang ternakan untuk makanan seperti ayam, lembu, kerbau dan kambing telah semakin hampir dengan persempadanan manusia.

Sehubungan dengan itu kerjaya veterinar bukan lagi sekadar memastikan bahan makanan hasilan ternakan/haiwan selamat dan cukup untuk kegunaan manusia tetapi juga ternakan/haiwan tersebut perlu selamat dalam interaksi dengan manusia. Lanjutan dari itu Jabatan ini telah diberikan mandat serta arahan dari Kerajaan untuk;

  1. Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri veterinar.
  2. Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit berjangkit dan zoonotik antara ternakan kepada manusia   bagi penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat.
  3. Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit berjangkit haiwan – manusia bagi interaksi selamat haiwan –  manusia.
  4. Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan dan industri tambah nilai.
  5. Meneroka, membangun dan menggalakkan pengguna anteknologi dan sumber secara optimum dalam industri   berasaskan haiwan.
  6. Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran.

Sejajar dengan itu skop tanggungjawab Jabatan ini juga telah diperluaskan bagi memperuntukan cukup kuasa serta perundangan untuk menangani isu-isu dan tanggungjawab tersebut.Peruntukan perundangan dan peraturan yang diwartakan tersebut memerlukan penarafan pegawai dan kakitangan sokongan di dalam sebarang perlaksanaan bagi menjaga kepentingan semua pihak terutama orang awam atau pengguna.

Merujuk kepada perubahan budaya semasa tersebut agenda memajukan Jabatan ini perlu dilaksanakan segera bukan sekadar memastikan ia relevan kepada transformasi sektor veterinar menjadi salah satu industri utama Negara tetapi juga bagi memastikan keperluan makan dan kesejahteraan kesihatan rakyat terjamin dan selamat. Perkara ini adalah diantara beberapa keutamaan yang diberikan perhatian oleh negara-negara maju bagi mewujudkan sesebuah negara yang stabil.

Selaras dengan senario perubahan sosio-ekonomi, ketamadunan dan penambahan populasi manusia tersebut, skop pelanggan Jabatan ini juga telah berkembang maju dan diketegorikan seperti berikut;

  1. Penternak kecil-kecilan ternakan.
  2. Penternak spara komersial pengeluaran ternakan seperti ayam, itik, lembu, kerbau, kambing, bebiri dan sebagainya.
  3. Penternak komersial pengeluaran ternakan seperti ayam, itik, lembu, kerbau, kambing, bebiri dan sebagainya.
  4. Pengusaha industri asas tani (ternakan) seperti loji pemprosesan makanan, rumah sembelih ternakan, kilang   pengeluaran makanan ternakan.
  5. Pemilik haiwan kesayangan.
  6. Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun seperti Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.
  7. Binatang ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, bebiri, ayam, itik, puyuh dan sebagainya.
  8. Haiwan kesayangan seperti kucing, arnab, anjing, argus, ayam serama dan sebagainya.

Keputusan kerajaan, perundangan, akta, enakmen, Kaedah, Peraturan-Peraturan  serta  Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan ini kepada pelanggan-pelanggan adalah berdasarkan kepada peruntukan seperti berikut;

  1. Akta Veterinar 1974;
  2. Akta Binatang 1953(semakan 2006);
  3. Enakmen Perladangan  Unggas 2005 dan Peraturan-Peraturan Perladangan Unggas 2010;
  4. Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1993 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009;
  5. Akta Kebajikan Haiwan 2015;
  6. Akta Binatang (Pindaan) 2013;
  7. Akta Makanan Haiwan  2009;
  8. Akta Pengawalan (Penyembelihan) 1993;
  9. Perintah Am;
  10. Arahan dan Pekeliling Perkhidmatan;
  11. Arahan dan Pekeliling Perbendaharaan;
  12. Arahan Kerajaan Negeri;
  13. Akta Prosedur Kewangan 1957;
  14. Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia – Perlaksanaan Program MyGAP

SENARAI PENGARAH DARI TAHUN 1895 HINGGA SEKARANG

images/2024/senaraipengarah11012024.png

LOKASI JPV NEGERI PERAK DARI TAHUN 1895 HINGGA SEKARANG

Jln Haiwan, Taiping

Jln Lahat, Falim, Ipoh.


Jln Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Jln Sultan Azlan Shah Utara,Ipoh

Demikianlah serba ringkas yang dapat dicatatkan bagaimana perkhidmatan haiwan Negeri ini telah bermula dari tahun 1895, iaitu 112 tahun yang lalu hingga ke hari ini dengan berkembang pesat hingga perkhidmatan haiwan menjadi satu perkhidmatan yang membangun dan memberikan khidmatnya kepada para penternak di Negeri ini.

Read more: Sejarah Jabatan

  • Hits: 40190

Visi, Misi & Objektif

  • primary

    Visi

    Pihak berkuasa veterinar yang kompeten berkhidmat untuk industri haiwan demi kesejahteraan manusia

  • secondary

    Misi

    Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepntingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mampan demi kesejahteraan manusia

  • secondary2

    Objektif

    1. Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk infustri haiwan.

    2. Memastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat.

    3. Meneroka, membangun dan menggalakkan penggunaan teknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan.

    4. Menganjurkan amalam kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran.

Read more: Visi, Misi & Objektif

  • Hits: 39787

Logo & Fungsi

Bentuk dan Warna

Pada asalnya logo ini dibentukkan dari huruf 'V', daripada mana sejumlah besar esen dan Perkhidmatan Haiwan diunsurkan. Salah satu lengan pada V itu menyerupai huruf 'M' dan diwarnakan merah. Lengan yang satu lagi itu berlatarkan warna biru dan mempunyai sisi dalaman yang jelas dan terang. Sementara separuhan luar lengan itu ditompokkan dengan segiempat-segiempat dalam beberapa warna, yang mana juga kesemuanya memberi bentuk terbuka kepada sisi berkenaan.
 
Empat warna yang digunakan(merah, biru, putih dan kuning) adalah untuk memperingatkan warna bendera Malaysia

Penjelasan

Huruf 'V' itu adalah lebih dari untuk mengutarakan perkataan 'Veterinar'. Malah ianya melambangkan suatu perkhidmatan yang mempunyai visi dan vitaliti serta bersifat versatil dalam semua bidang pendekatan dan kegiatan berhubung dengan objektif-objektif Jabatan, sumbangannya kepada keunggulan profesional, kesejahteraan hidup masyarakat dan pembangunan negara.
 
Apabila huruf 'M' iaitu diserlahkan dengan 'V' untuk menjadikan 'VM', maka ianya memberi makna Veterinar Malaysia, iaitu nama alternatif kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinary Medicine (Perubatan Veterenar), iaitu salah satu bidang liputan dan tanggungjawab terbesar Jabatan.
 
Kepala panah berwarna biru disebelah kiri menunjukkan pergerakan yang berterusan dan mengikut arah kehadapan yang terancang. Petak-petak segiempat berwarna biru, putih dan kuning menandai pola-pola dalam memori yang tidak mempunyai akhiran. Ianya juga membawa maksud kreativiti dan inovasi yang terbuka luas ke arah memajukan sains veterinar dan bioteknologi masa depan.
 
Warna-warna bendera menajakan sikap patriotisme yang digembelingkan dengan usaha ikhlas serta bersungguh-sungguh untuk membawa maruah dan prestej kepada Bangsa dan Negara Malaysia.

Fungsi

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN
(NO 2) 2004
seperti
WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004
menyenaraikan tanggungjawab

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

  • Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
  • Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
  • Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
  • Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
  • Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.
  • Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

Read more: Logo & Fungsi

  • Hits: 41831

Daftar Dokumen Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM)

BIL SENARAI DOKUMEN APTVM NO RUJUKAN
1 Pengurusan Indeks Penyakit Haiwan Edisi 1: APTVM (16a/16b (1):2009)
2 Kepungan Babi APTVM (19a(1):2009)
3 Kepungan Unggas APTVM (19b(2):2009)
4 Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan Produk Haiwan antara Negeri di Malaysia APTVM (20a(1):2009)
5 Kempen Kesedaran Awam APTVM 21(a):1/2010
6 Khidmat Nasihat Pelanggan dan Pengembangan Veterinar APTVM 21(b):1/2010
7 Perubatan Veterinar APTVM 22(C):1/2010
8 Penyediaan Sijil Kesihatan Veterinar APTVM (20b:2009)
9 Pendaftaran Veterinawan Bertauliah APTVM (18a(1):2009)
10 International Equine Competition APTVM 17(h):1/2010
11 Pendaftaran Stesen Kuarantin Haiwan Sementara APTVM (17b1:2009)
12 Pemeriksaan Veterinar di Ladang Ternakan APTVM 23(b): 1/2010
13 Survelan Untuk Penyakit Haiwan APTVM 22(g): 1/2011
14 Penyiasatan Penyakit dan Kajian Epidemiologi APTVM 22(f): 1/2011
15 Kuarantin Haiwan Berpenyakit APTVM 22(a): 1/2010
16 Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan Produk Haiwan dalam Negeri di Malaysia APTVM 22(d): 1/2011
17 Pengenalan & Dayajejak Haiwan, Hasil dan Produk, serta Premisnya APTVM 20(b): 1/2010
18 Pemeriksaan Produk Haiwan APTVM 23(c): 1/2011
19 Kesihatan Awam Veterinar APTVM 16(c): 1/2011
20 Preskripsi Drug Veterinar APTVM 15(b): 1/2011
21 Vaksinasi APTVM 22(b): 1/2010
22 Disinfeksi APTVM 22(d): 1/2011
23 Penghapusan APTVM 22(e): 1/2010
24 Pengurusan Krisis Penyakit Haiwan APTVM 24(a): 1/2011
25 Proses Kuarantin Haiwan APTVM 17(a): 1/2011
26 Analisis Risiko Import APTVM 17(d): 1/2011
27 Import dan Eksport Haiwan, Hasil dan Produk Haiwan, Bahan Biologik, serta Makanan Haiwan APTVM 17(c): 1/2011
28 Pemantauan Bahan Biologik & Drug Veterinar APTVM 23(d): 1/2011
29 Pendaftaran Vaksin APTVM 15(a): 1/2011
30 Pemeriksaan Veterinar di Loji Pemprosesan APTVM 23(a): 1/2010
31 Kebenaran Sembelih APTVM 21(a):1/2010
32 Pendaftaran Pembaka APTVM 20(c): 1/2011
33 Pengurusan Fail Kes APTVM 24(b): 1/2011
34 Pengezonan APTVM 19(c): 1/2011
35 Senarai Vaksin Veterinar Yang Diluluskan
36 Kawalan Kecacingan dalam Ruminan APTVM 22(j):1/2014
37 Pengauditan Loji Pemerosesan Luar Negara APTVM 23(h):1/2014

Read more: Daftar Dokumen Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM)

  • Hits: 39156

Protokol Veterinar Malaysia (PVM)

BIL SENARAI DOKUMEN PVM NO RUJUKAN
1 Penyakit Brucella PVM (141:2008)
2 Penyakit Melitensis PVM 1(5): 1/2010
3 Penyakit Johne's PVM (1 - 1516a:2009)
4 Penyakit Demam Babi (Classical Swine Fever) PVM 5(2): 1/2010
5 Penyakit Tuberkulosis (TB) PVM 2(5): 1/2011
6 Penyakit Demam Q (Q Fever) PVM 1(16):1/2011
7 Penyakit Rabies PVM 1(17): 1/2011
8 Penyakit Selesema Burung (Avian Influenza) PVM 6(9:1/2011)
9 Penyakit Kuku & Mulut (Foot and Mouth Disease [FMD]) PVM 1(9): 1/2011
10 Penyakit Strangles PVM4(14):1/2011
11 Mannheimiosis PVM3(12):1/2011
12 Penyakit Berjangkit Bursa (IBD) PVM6(10):1/2011
13 Japanese Encephalitis (JE) PVM4(6):1/2011
14 Sindrom Reproduksi dan Pernafasan Porsin (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome) PVM5(5):1/2011
15 Penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) PVM2(9):1/2011
16 Penyakit Bisul Nodus Limfa (CLA) PVM3(13):1/2011
17 Leptospirosis PVM1(12):1/2011
18 Salmonellosis Unggas PVM6(15):1/2011
19 Penyakit Nipah PVM5(3):1/2011
20 Penyakit Brusela suis Dalam Babi PVM1(6):1/2011
21 Penyakit Sampar Ayam (Newcastle Disease) PVM6(12):1/2011
22 Penyakit Contagious Caprine Pleuropneumonia (CCPP) PVM3(3):1/2011
23 Jangkitan Parasit Dalam Ruminan PVM2(1):1/2014
24 Penyakit Bluetongue PVM1(3):1/2014
25 Penyakit Pleuropneumonia Berjangkit Bovin PVM2(7):1/2015
26 Avian Infectious Bronchitis PVM6(2):1/2015

Read more: Protokol Veterinar Malaysia (PVM)

  • Hits: 39951

Teknologi Maklumat

Unit ICT

OBJEKTIF

  • Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti
  • Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin
  • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur pangkalan data yang berkesan
  • Menyelanggara Laman Web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak

FUNGSI UNIT ICT DVS PERAK

  • Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
  • Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan.
  • Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.
  • Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi.
  • Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak serta mempastikan keselamatan dan integriti data.
  • Memberikan khidmat sokongan bagi mempastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.

 

email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read more: Teknologi Maklumat

  • Hits: 40460

Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Bertanggungjawab untuk memberi khidmat sokongan dalam bidang perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia
  • Memastikan perbelanjaan berhemah mengikut arahan perbendaharaan dan peraturan semasa juga memastikan kutipan hasil dilaksanakan dengan efisyen dan mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. 
  • Menguruskan khidmat pengurusan jabatan dengan cekap dan berkesan
  • Menguruskan dan menyediakan tenaga kerja yang cukup, kompetensi dan berdisiplin bagi melaksanakan Program Perkhidmatan Veterinar
  • Mengurus dan mengemas kini semua rekod

Read more: Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Hits: 39821

Bahagian Kesihatan

  • primary

    Visi

    Menyediakan perkhidmatan veterinar yang berkualiti bagi menjamin kepentingan kesihatan awam dan industri haiwan yang mapan demi kesejahteraan manusia

  • secondary

    Visi

    Memastikan kesihatan dan kebajikan haiwan terpelihara dan kesihatan awam terjamin

  • secondary2

    Objektif

    • Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi kondusif untuk industri haiwan
    • Mempastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit zoonotik dan penghasilan makanan berasaskan haiwan yang     bersih dan selamat

Aktiviti – aktiviti Kesihatan yang dijalankan di lapangan :

  • Program Pemvaksinan dan Persampelan penyakit Kuku dan Mulut (FMD) dan  Hawar Berdarah (H.S.)
  • Program Persampelan dan Kawalan penyakit Brucellosis lembu/kerbau (Jangkitan Brucella abortus), Brucellosis bebiri /kambing (Jangkitan Brucella mellitensis) dan Brucellosis babi (Jangkitan Brucella suis).
  • Program saringan penyakit tuberkulis dikalangan lembu tenusu dan rusa.
  • Program Persampelan, Pemeriksaan dan Pemantauan penyakit Selsema Burung (Highly Pathogenic Avian Influenza).
  • Program Kawalan dan Pemantauan penyakit Rabies terutama di kawasan Immune-belt.
  • Program Meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan seperti aktiviti Rawatan, Pembedahaan dan Bedah Siasat di Klinik-klinik Veterinar dan di lapangan.
  • Menyediakan dan mengesahkan dokumen-dokumen (sijil kesihatan, sijil import, sijil eksport dan sijil pergerakan ternakan)
  • Pemantauan dan Pemeriksaan ladang-ladang eksport ternakan itik, kilang-kilang dan loji pemprosesan hasilan ternakan.
  • Program Pemantuan, Lawatan dan Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).
  • Memantau Stesyen Kuarantin Haiwan Swasta

 

 

Read more: Bahagian Kesihatan

  • Hits: 40916

Waktu Rawatan Klinik Veterinar

WAKTU RAWATAN KLINIK

Isnin - Khamis     

  • 08.00 pagi - 11.00 pagi
  • 02.00 petang - 3.30 petang

Jumaat             

  • 08.00 pagi - 10.30 pagi
  • 02.45 petang - 03.30 petang


Perkhidmatan yang ditawarkan

  • Pengambilan sample darah untuk menjalankan ujian darah
  • Khidmtan nasihat dan pemeriksaan kesihatan
  • Pemeriksaan klinikal dan rawatan
  • Pemeriksaan dan pembersihan telingan
  • Pembedahan kecil
  • Kawalan kutu dan hama
  • Bacaan 'microcip'
  • Nasihat mengenai pemakan haiwan kesayangan
  • Pemeriksaan am dan suntukan pelalian

Read more: Waktu Rawatan Klinik Veterinar

  • Hits: 47965

Kadar Bayaran Dokumen Pemindahan Ternakan & Sembelihan Luar

Kadar bayaran dokumen-dokumen pemindahan ternakan (sijil kesihatan veterinar, sijil import, sijil eksport dan sijil pergerakan ternakan) dan permit penyembelihan luar.

JENIS HAIWAN HIDUP/BAHAN HAIWAN IMPORT (RM) EKSPORT (RM) CACATAN
Lembu, Kerbau 5 seekor 2 seekor
Kuda 10 seekor 10 seekor Kecuali Singapura Percuma
kambing, Bebiri 3 seekor 1 seekor
Khinzir 3 seekor 1 per permit Kecuali Singapura, Sabah & Sarawak - Percuma
Itik 3 per permit
Monyet 2 per permit 3 per permit
Anjing, Kucing 5 seekor 3 seekor
Burung 0.10 seekor 3 per permit
Anak Ayam/Itik Percuma 3 per permit
Katak Hidup 3 per permit 3 per permit Sijil Kesihatan - Bebas Dari Penyakit RED LEG
Katak Proses 3 per 50kg 3 per 50kg Sijil Kesihatan - Bebas Dari Penyakit RED LEG
Labi-labi 3 per 100 ekor 3 per 100 ekor Perlu Kelulusan Khas dari Ketua Pengarah
Kura-kura 3 per 100 ekor 3 per 100 ekor
Lain-lain binatang 3 seekor 3 seekor
Karkas Binatang & Bahan Darinya 3 per 50kg 1 per permit Kecuali Kambing - RM 1 per karkas (eksport)
Karkas Ayam & Bahan Darinya 3 per 50kg 3 per permit
Telur 2 per permit 3 per permit
Kulit, Baja, Tepung Tulang & Darah, Semen,
Lemak Binatang, Foder (Tidak termasuk
bijiran & kulit bijiran dll), Tepung Susu Krim,
Veksin, Serum atau Sebarang Bahan Dari
Binatang, Burung atau Benda Yang boleh
Membawa Penyakit
3 per permit 3 per permit

Read more: Kadar Bayaran Dokumen Pemindahan Ternakan & Sembelihan Luar

  • Hits: 42742

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Larut Matang Dan Selama

    Jalan Haiwan, 34000 Taiping,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-8072703
    Fax : 05-8051295

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batang Padang

    Jalan Damai, Kampung Baru Bukit Pagar,
    35000 Tapah,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-4011124
    Fax : 05-4017979

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Perak

    Jalan Intan, 33300 Gerik,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-7912131
    Fax : 05-7921606

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Manjung

    Jalan Lapangan Terbang,
    32000 Sitiawan,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-6911026
    Fax : 05-6920419

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Kangsar

    Jalan Taiping,
    33000 Kuala Kangsar,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-7761119
    Fax : 05-7761622

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Perak Tengah

    Kompleks Pentadbiran Daerah,
    32600 Seri Iskandar,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-3712144
    Fax : 05-3711873

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Hilir Perak

    Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-6221697
    Fax : 05-6215105

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kerian

    Jalan Padang, 34200 Parit Buntar,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-7161479
    Fax : 05-7171582

  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kinta / Kampar

    Jalan Iskandar, 31900 Kampar,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel : 05-4665410
    Fax : 05-4658660

  • Ladang Infoternak (Sg.Siput U)

    Pusat Latihan Ternakan,
    Jalan Kuala Kangsar,
    31100 Sg. Siput (U),
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel :  05-5981552
    Fax :  05-5982266

Read more: Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

  • Hits: 50300

Maklum Balas Laman Web

Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang betul
Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang diperlukan

Makluman

Ruangan ini menerima maklum balas atau aduan yang berkaitan dengan portal dan jabatan. Setiap maklum balas dan aduan yang diterima akan diproses dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja. Terima kasih.

Read more: Maklum Balas Laman Web

  • Hits: 40036

Soalan Lazim

  • Adakah terdapat sekatan ke atas jenis-jenis haiwan yang boleh diimport?

    Baka tertentu anjing tidak boleh diimport ke negara ini manakala terdapat sekatan ke atas import beberapa baka anjing lain. Sila rujuk kepada Senarai Baka Anjing Terlarang / Terhad dan syarat-syarat kelulusan pengimportan Baka Anjing Terhad.

    Haiwan eksotik asal hidupan liar mungkin tertakluk kepada syarat-syarat pemuliharaan hidupan liar di bawah CITES. Sila rujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk maklumat lanjut.

  • Bagaimana saya mengimport haiwan kesayangan ke Malaysia?

    Import adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan mengimport Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS). Untuk jenis haiwan dan produk-produk yang tidak disenaraikan, sila tulis kepada kami untuk peraturan-peraturan khusus.

  • Adakah terdapat syarat umur minimum untuk pengimportan?

    Anjing dan kucing hendaklah sekurang-kurangnya berumur 3 bulan pada masa import.

  • Berapa banyak haiwan kesayangan yang boleh saya import?

    Tidak ada sekatan ke atas bilangan haiwan yang boleh diimport oleh seseorang. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di Malaysia mempunyai peraturan-peraturan yang berkaitan dengan bilangan anjing yang boleh disimpan di dalam premis kediaman. Ini tidak perlu (kecuali untuk baka anjing terhad) tetapi adalah dinasihatkan.

  • Adakah saya memerlukan Permit Import?

    Anda dikehendaki untuk mendapatkan permit import daripada jabatan ini untuk mengimport haiwan kesayangan ke Malaysia. Haiwan yang tiba tanpa permit import tidak boleh dibenarkan masuk oleh pegawai-pegawai kuarantin haiwan di pintu masuk. Untuk mengimport haiwan eksotik atau hidupan liar sebagai haiwan kesayangan, anda mungkin juga perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum memohon permit import daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

  • Di mana boleh saya dapatkan permit import?

    Bagi pengimportan ke Semenanjung Malaysia, permit import hendaklah diperolehi daripada Pengarah Jabatan Veterinar Negeri atau Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia.

    Bagi pengimportan ke Negeri Sabah dan Sarawak, pertanyaan dan permohonan hendaklah dibuat kepada negeri-negeri berkenaan.

  • Bagaimana boleh saya dapatkan permit import?

    Anda perlu mengemukakan permohonan bersama-sama dengan satu salinan rekod vaksinasi semasa dan yuran permit import berjumlah lima Ringgit Malaysia (RM 5.00) bagi setiap anjing / kucing. Bayaran ini boleh dibayar secara tunai atau melalui bank draf, kiriman wang atau wang pos, yang dibayar kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia atau Pengarah Negeri yang berkenaan. Pemohon di luar negara boleh mengemukakan permohonan melalui pos atau melalui wakil tempatan (rakan, saudara atau ejen di Malaysia).

  • Berapakah tempoh untuk mendapatkan permit import?

    Permit dikeluarkan dalam masa sehari.

  • Apakah tempoh sah permit import?

    Permit import adalah sah selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan.

  • Apakah syarat-syarat dan prosedur semasa pengimportan sebenar?

    Import adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan mengimport Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

  • Adakah saya perlu memberitahu pegawai di pintu masuk mengenai kedatangan haiwan peliharaan saya?

    Haiwan peliharaan hanya boleh diimport sebagai kargo pengiriman dan hendaklah diisytiharkan kepada Pegawai Kuarantin Haiwan di tempat pendaratan untuk pelepasan masuk.

    Walaupun tidak diwajibkan, tetapi adalah baik untuk memaklumkan kepada Pegawai Kuarantin Haiwan di pintu masuk (lihat senarai pintu masuk) berkenaan dengan maklumat anggaran waktu ketibaan dan maklumat penerbangan untuk pelepasan masuk lebih cepat.

  • Apakah yang akan berlaku jika sewaktu mengimport, saya tidak mematuhi peraturan-peraturan dan prosedur?

    Haiwan peliharaan mungkin  tidak dibenarkan masuk atau tertakluk kepada apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Kuarantin Haiwan.

  • Adakah terdapat sekatan di pintu masuk?

    Untuk kelulusan kemasukan, haiwan peliharaan mesti mendarat hanya di pintu masuk yang dinyatakan dalam permit import. Haiwan peliharaan yang memerlukan kuarantin hanya boleh mendarat di KLIA, Pulau Pinang atau Padang Besar di mana kemudahan kuarantin disediakan.

  • Bolehkah haiwan peliharaan saya transit di pintu masuk lain di Malaysia?

    Haiwan peliharaan adalah diperlukan untuk mendarat dan diluluskan masuk di pintu masuk yang dinyatakan dalam permit import. Transit haiwan peliharaan di tempat-tempat kemasukan lain tidak dibenarkan tanpa kebenaran oleh pegawai Kuarantin Haiwan di pintu masuk yang ditetapkan.

  • Adakah terdapat caj yang dikenakan untuk pelepasan masuk?

    Selain daripada caj Kastam, kemasukan haiwan peliharaan adalah tertakluk kepada caj pemeriksaan veterinar.

  • Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelepasan di pintu masuk?

    Salinan asal permit import, sijil kesihatan daripada pihak berkuasa veterinar negara pengeksport dan kelulusan CITES (jika perlu) hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kuarantin Haiwan untuk pelepasan. Semua dokumen hendaklah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

  • Apakah tempoh sah sijil kesihatan?

    Sijil Kesihatan Veterinar hendaklah bertarikh dalam tempoh 7 hari eksport kecuali dinyatakan sebaliknya dalam peraturan import.

  • Adakah apa-apa masalah sekiranya saya tidak melakukan perjalanan bersama dengan haiwan peliharaan saya?

    Haiwan peliharaan juga boleh dibawa masuk bersendirian tanpa pemilik atau individu. Seorang wakil tempatan (rakan, saudara atau ejen di Malaysia) boleh dilantik oleh pemilik untuk mengendalikan pemeriksaan di pintu masuk dan hal-hal berkaitan dengan kuarantin.

  • Adakah haiwan peliharaan saya tertakluk kepada kuarantin dan berapa lamakah tempoh kuarantin?

    Anjing dan kucing dari United Kingdom, Republik Ireland, Sweden, Australia, New Zealand, Jepun, Brunei dan Singapura tidak tertakluk kepada syarat kuarantin dengan syarat haiwan itu sihat dan semua dokumen adalah lengkap. Anjing dan kucing dari negara-negara lain adalah tertakluk kepada kuarantin sekurang-kurangnya 7 hari.

  • Pintu-pintu masuk yang manakah disediakan dengan kemudahan kuarantin?

    Kemudahan kuarantin untuk anjing dan kucing disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Padang Besar (Sempadan Perlis-Thailand).

  • Adakah saya perlu membuat tempahan kuarantin untuk haiwan peliharaan saya?

    Untuk haiwan peliharaan yang mesti dikuarantin, permit import hendaklah dikeluarkan hanya selepas pengesahan ruang kuarantin yang ditentukan oleh Stesen Kuarantin Haiwan berkenaan. Oleh itu apabila permit import dikeluarkan, ini bermakna kuarantin dikhaskan untuk ketibaan.

  • Bagaimana boleh saya membawa haiwan peliharaan saya ke stesen kuarantin?

    Pegawai Kuarantin Haiwan di pintu masuk akan membantu dalam pengangkutan haiwan ke stesen kuarantin.

  • Bolehkah saya melawat peliharaan saya semasa kuarantin?

    Ya, pemilik dan sesiapa yang diberi kuasa olehnya dibenarkan untuk melawat haiwan setiap hari pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bagaimanapun, pengunjung dinasihatkan supaya mematuhi segala undang-undang dan peraturan-peraturan stesyen kuarantin sepenuhnya.

  • Berapakah caj kuarantin?

    Caj kuarantin untuk anjing dan kucing adalah lebih kurang RM 79.00 dan RM 72.00 masing-masing setiap minggu. Caj ini tidak termasuk makanan dan kos-kos rawatan yang mungkin diperlukan.

Read more: Soalan Lazim

  • Hits: 39940

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dasar Keselamatan ICT v3.0
Memastikan Dasar Keselamatan ICT (DKCT) Versi 3.0 dipatuhi dan dikuatkuasakan di agensi.

Read more: Dasar Keselamatan

  • Hits: 38835

Dasar Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Read more: Dasar Privasi

  • Hits: 40531

Penafian

Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Bahasa Lain
Sila ambil perhatian bahawa Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak menggunakan sebarang perisian pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer.

Jabatan Kehakiman Syariah Perak tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi hanya pada laman asal yakni dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Read more: Penafian

  • Hits: 38560

Permohonan Pelajar Praktikal

Laman utama Sistem Permohonan Praktikal (JKSPk) ini menyediakan panduan pengguna bagi rujukan. Sila klik disini Manual Pengguna untuk membantu dalam mengisi borang permohonan online.

Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama KPerak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak.

Pelajar boleh membuat permohonan secara online boleh dilayari melalui laman sesawang berikut :

Sistem Permohonan Praktikal

Read more: Permohonan Pelajar Praktikal

  • Hits: 143760

Semak Status Kes - MySMS 15888

Berikut adalah merupakan panduan untuk menyemak STATUS KES yang berkaitan dengan eSyariah di atas talian mengunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ke 15888 seperti mana perkhidmatan yang telah disediakan dengan lebih cepat.

Cara menggunakan perkhidmatan ini adalah seperti berikut :

Langkah 1
Taipkan ditelefon bimbit ruangan SMS sebelum menghantar ke 15888
Contoh : JKSPK status 080011-024-0078-2014

Langkah 2
Hantarkan ke 15888

Langkah 3
Jawapan yang akan diperolehi akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.20 seperti gambar rajah disebelah.

  • MYSMS 1

  • MYSMS 2

  • MYSMS 3

Read more: Semak Status Kes - MySMS 15888

  • Hits: 143379

Borang Permohonan Maklumat

Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang betul
Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang diperlukan
Sila masukkan maklumat yang diperlukan

Read more: Borang Permohonan Maklumat

  • Hits: 43392

Ibu Pejabat

Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Perak Darul Ridzuan

  • JALAN SULTAN AZLAN SHAH (U),
    31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

  • 05-5459111, 05-5459122, 05-5459133

  • 05-5472561, 05-5482712

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read more: Ibu Pejabat

  • Hits: 45257

Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI)

Agensi ini belum lagi melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, sila berbuat demikian dengan mengisi Borang Permohonan Maklumat secara dalam talian (online).

Setiap maklumbalas dan aduan yang diterima akan diproses dan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.

Terima kasih.

Read more: Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI)

  • Hits: 141258

Data Terbuka

Data Terbuka # Muat Turun
BANCI TERNAKAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2019 1
BANCI TERNAKAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2018 2

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. PENGGUNAAN DATA DI BAWAH TERMA INI
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. PENGGUNA BOLEH MELAKSANAKAN PERKARA YANG BERIKUT:

  1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
  2. Adaptasi data;
  3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
  4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.


3. SEKIRANYA MELAKSANAKAN MANA-MANA DARIPADA YANG DINYATAKAN PADA PARA 2, PENGGUNA HENDAKLAH:

  1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
  2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
  3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"


4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

  1. Data peribadi;
  2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
  3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
  4. Lambang diraja dan lambang tentera;
  5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
  6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
  7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.


5. TIADA JAMINAN

  1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.


6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Sumber : data.gov.my

Read more: Data Terbuka

  • Hits: 147202

Sistem Kualiti

  • Beriltizam dalam melaksanakan keadilan dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bernilai tambah.
  • Menambahbaik kualiti perkhidmatan secara berterusan.
  • Melebihi kepuasan pelanggan tanpa menyanggahi prinsip keadilan yang ditentukan oleh hukum syara’ dan peruntukan perundangan.
  • Menghayati dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi keperluan standard, panduan dan amalan terbaik antarangbangsa bersesuaian dengan hukum syara’ dan peruntukan perundangan.

Read more: Sistem Kualiti

  • Hits: 140080

Piagam Pelanggan

  • Perkhidmatan kaunter : sentiasa membantu dan melayani pelanggan dengan penuh mesra.

  • Melayan dan menjawab semua aduan dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari bekerja dari tarikh terima aduan tersebut.

  • Pengeluaran Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) bagi ternakan hidup atau produk ternakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

  • Perkhidmatan dan rawatan haiwan kesayangan di Klinik Veterinar / Pusat Rawatan Veterinar akan diberikan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.

    Walau bagaimanapun tempoh ini tertakluk kepada :

    1. Bilangan haiwan yang dirawat sebelumnya melebihi tiga (3) ekor.

    2. Rawatan kepada haiwan yang sebelumnya tidak melibatkan kes rawatan kronik dan kecemasan.

    3. Jumlah pelanggan tidak melebihi tiga (3) orang pada satu-satu masa ketika tempoh menunggu

    Haiwan kesayangan : kucing, anjing, unggas, arnab.

  • Perkhidmatan rawatan di lapangan bagi kes kecemasan akan diberikan kepada penternak berdaftar dalam tempoh 12 jam daripada waktu terima permohonan / aduan.

  • Perkhidmatan penyiasatan penyakit di lapangan dijalankan dalam tempoh 24 jam daripada waktu terima aduan / laporan.

  • Kelulusan memperbaharui lesen menternak ungags / babi dalam tempoh 90 hari bekerja selepas penerimaan dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat lesen.

  • Bagi perkhidmatan lapangan, khidmat nasihat, bimbingan dan teknikal diberikan kepada penternak berdaftar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan.

  • Memberi khidmat nasihat, kepakaran dan teknikal untuk Program Pengembangan Veterinar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat bagi maklum balas awal dan langkah susulan dalam masa 14 hari bekerja kemudiannya.

  • Mengeluarkan baucer bayaran dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh invois diterima.

Read more: Piagam Pelanggan

  • Hits: 42165
logo-footer
  • JALAN SULTAN AZLAN SHAH (U),
    31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

  • 05-5459111, 05-5459122, 05-5459133

  • 05-5472561, 05-5482712

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Kemaskini : 12/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286928